Sentiasa Ingat!

SETIAP PERKARA YANG BERLAKU ITU PASTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA

Sunday, October 24, 2010

Syurga Cinta

ops! jangan salah faham dengan tajuk di atas...saya masih blom bercinta..haha..
semalam baru tgk cite syurga cinta lakonan heliza dan awal ashaari..comel tol heliza..hehe. dalam cite tu ad gak la babak yg best...dan dialog yg berunsur dakwah n motivasi...antara dialog yg paling saya suke mase diorg kt litar..

‎"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Allah datangkan petir dan kilat, kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi"

sungguh dalam maksud ayat tuh...apa yg saya fhm.. Kadang2 kita senang dan kadang Allah bg kita ujian kesusahan..dan sume yg berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya.. saya ad dpt sms dr sorg mmbr. satu ayat yg mengingatkan saya tentang sume yg berlaku..saya smpn smpi skang...ayat tu lbh kurg cmni

"Bila kita memandang segalanya dari Allah yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menyebabkan tidak senang hati, yang menyusahkan hidup, pastinya akan damailah hati kita kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk perkara yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hati kita tapi mungkin itu yang Allah mahu kerana Allah tahu hati sebegini lebih mudah untuk dekat padaNYA"

ya! mmg benar..hati kita akan lbh dkt pdNYA bila kita dalam kesusahan..kite sedih dan tertekan...xjmp jalan keluar pd mslh..kembali la kepada Allah...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu...teruskan berusaha dan berdoa serta tawakal..Insya Allah...pasti ade jalan..

1 comment: