Sentiasa Ingat!

SETIAP PERKARA YANG BERLAKU ITU PASTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA

Monday, September 6, 2010

Kata Mutiara

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka sesiapa yang mengelakkanya kerana takut padaKU, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa ke jalan Allah


Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup


Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan


Tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci, lidahnya selalu basah dengan Zikrullah, matanya menangis kerana penyesalan(terhadap dosa), sabar terhadap perkara yang dihadapi dan mengutamakan Akhirat berbanding Dunia


Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah memuji dan terpuji.


Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda. Sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda


Jaga-jagalah bergurau kerana ia membawa keburukan dan menimbulkan rasa dendam


keinsafan bukan mudah untuk ditatang, tapi jelas diulang-ulang sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum
berkata fikirkan akibatnya


kedewasaan tidak menghalang apa yang diinginkan oleh setiap insan...manusia bagaikan layang-layang di mana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus..barulah ia bebas melayang

No comments:

Post a Comment